Monday, 9 April 2012

TARIKH
PERISTIWA
15 JUN 1961
Sebelum Ini, Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kong-Kong Baru, dibuka di bangunan Masjid Lama  Felda Cahaya Baru, Masai Johor Bahru.Bilangan murid pada ketika itu berjumlah 58 orang sahaja . Manakala jumlah guru pula hanya 5 orang termasuk Guru Besar pada ketika itu En Yusof Bin Sapin.
23 MAC 1963
Mula belajar di blok sekolah yang baru dibina iaitu blok A, blok C dan Kantin
10 DISEMBER 1966
Blok B ( 5 Bilik darjah ) baru dibina.
10 JANUARI 1973
Sekolah mendapat bekalan elektrik
21 JUN 1973
Perasmian sekolah oleh Menteri Besar Johor pada  ketika itu, YAB.Dato' Haji Othman  Bin Saat 
22 JULAI 1973
Padang sekolah di bina
26 JULAI 1973
Pertukaran nama sekolah kepada SK CAHAYA BAHRU
7 JULAI 1978
Bangunan pejabat dan bilik guru baru dibina
7 OGOS 1978
Memiliki peti surat  persendirian (Peti Surat 5) di Pejabat Pos Masai.
14 FEBRUARI 1980
Pejabat dan bilik guru mula digunakan.
1 MEI 1994
Diiktiraf sebagai sekolah Gred A ( Luar Bandar ) dengan jumlah murid 925 orang dan 43 orang guru.
10 MEI 1999
Projek bangunan tambahan 4 tingkat dimulakan manakala bangunan pejabat lama dirobohkan .
14 NOVEMBER 2000
Penyerahan bangunan tambahan 4 tingkat dengan kemudahan 5 bilik darjah dan bilik-bilik khas.
3 JANUARI 2001
Bangunan tambahan 4 tingkat  mula digunakan dengan bilangan murid 1230 orang dan 55 orang guru.
31 JANUARI 2003
Serambi bacaan telah dinaik taraf menjadi Serambi muafakat dengan peruntukkan daripada JPNJ.
1 JANUARI 2005
Pendidikan pra sekolah telah dimulakan dengan bilangan pelajar seramai 25 orang
26 MEI 2005
Surau siap dibina dan dirasmikan oleh YB TN Haji Maulizan Bin Bujang (Adun Tiram)
2008
Makan Malam Amal 1 Berjaya mengumpul Dana RM20,000
1 MAC 2011
Penyerahan Bangunan 4 Tingkat Yang Baru
2011
Genap 50 tahun penubuhan SK Cahaya Baru
MAKAN MALAM AMAL 2 (Mengumpul Dana Membina Dewan Tertutup)