Tuesday, 19 November 2013
Merupakan salah satu program bagi mengeratkan hubungan Ibu Bapa dan sekolah. Dengan menaik taraf kemudahan tempat menunggu ini, ibu bapa akan lebih selesa dan dapat melancarkan proses menghantar  dan balik murid-murid sekolah kebangsaan cahaya baru.









 
Diadakan bagi menghargai murid-murid yang mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Majlis ini di rasmikan oleh YDP PIBG En Khalid Bin Kasim
















Thursday, 20 June 2013
depetik dari laman sesawang PPD bertarikh 20 jun

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
2.            Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
3.            Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

lampiran
Monday, 11 March 2013
Nama Aktiviti : Karnival Bola Baling MSSD Pasir Gudang
Tarikh : Febuari 2013
Tempat : Kafe Bola-Bola Air Biru
Pencapaian : Naib Johan Daerah Perempuan 12






Sunday, 10 March 2013
Nama Aktiviti :  Mesyuarat Agung PIBG 2013 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Perasmi : YB Teng Boon Soon (ADUN Tebrau)

Berikut merupakan serba sedikit gambar sepanjang maslis berlangsung.














Tuesday, 12 February 2013
Nama Aktiviti : Karnival Catur MSSD
Tempat : SK Taman Daya.
Guru Pengiring : Puan Siti Aminah & Cik Norhayati